Thursday, September 18, 2014

Amalan untuk musnahkan sel kanser



Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. Inshaa Allah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Sumber: Detik Islam

Resipi: Ikan Cencaru Goreng Berkuah Asam


Bahan-bahan:
3   ekor ikan cencaru
3   ulas bawang putih
2   batang serai (anti kanser)
1   biji lada merah besar
1   biji bawang besar

Sedikit   Asam jawa
Sedikit   Minyak zaitun 
1 inci   halia
1 inci   kunyit (anti kanser)

Garam secukup rasa

   

Cara membuat:

  1. Tumbukkan kunyit dan ratakan pada ikan bersama garam.
  2. Goreng dengan sedikit minyak zaitun. Tutup kuali supaya masak rata.
  3. Angkat ikan yg telah digoreng dan buang sisik/kulit ikan cencaru tersebut. Ketepikan.
  4. Tumbukkan bawang putih dan serai.
  5. Hiris bawang merah besar, lada besar dan halia.
  6. Masukkan 3 sudu minyak zaitun ke dalam kuali
  7. Tumiskan bawang dan serai yg ditumbuk, bawang besar, lada dan halia yg dihiris nipis tadi.
  8. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi.
  9. Masukkan air asam jawa.
  10. Masukkan garam secukup rasa.
  11. Masak sehingga sebati dan siap
*Resipi disumbangkan oleh Rosyatimah

Wednesday, September 17, 2014

Resipi: Nasi Goreng Nenas Blackpepper




Bahan-bahan:
3 biji   bawang putih
1/2 biji   bawang merah besar 
1 sudu besar    lada hitam (anti kanser)

4 sudu besar   minyak zaitun
2 biji   telur omega

Segenggam   Ikan bilis 
Dada ayam organik dihiris kecil2
1/2 biji   lobak merah dipotong panjang
Nenas dipotong dadu (anti kanser)
3 helai   daun limau purut
5 cawan   Nasi (beras Basmathi)
1/2 sudu teh   Garam 





Cara membuat:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, lada hitam dan sedikit ikan bilis..Ketepikan.
  2. Panaskan 1 sudu minyak zaitun. Goreng telur 2 biji. Hancurkan. Ketepikan.
  3. Masukkan 1 sudu lagi minyak zaitun. Goreng ikan bilis..Ketepikan
  4. Masukkan 2 sudu lagi minyak zaitun. Tumis bahan-bahan yg ditumbuk tadi.
  5. Masukkan isi ayam
  6. Masukkan lobak merah dan nenas.
  7. Letak air sedikit
  8. Bila ayam dah masak, masukkan daun limau purut.
  9. Masukkan nasi 
  10. Masukkan telur dan ikan bilis yg digoreng tadi.
  11. Masukkan garam.
  12. Gaul rata sehingga sebati dan masak.



*Resipi disumbangkan oleh Rosyatimah